Penerimaan artis bukti Pas tidak jumud
Sudah mula selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh parti itu
MOHD SYAFIEE BIN MOHD JOHARI
"Penerimaan artis tempatan kepada perjuangan Pas sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan dasar yang jumud dalam memperjuangkan agendanya.
Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, bukti telah menunjukkan bahawa golongan artis yang sebelum ini banyak menjauhkan diri dengan politik sudah mula selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh Pas.
“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, tetapi ia tidak dihebahkan kepada media, kita sentiasa mengiktiraf artis ataupun golongan-golongan lain asalkan ia bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai senario yang berlaku sejak kebelakangan ini yang menunjukkan terdapat segelintir artis yang mula mendekatkan diri dengan perjuangan yang dibawa oleh parti itu.
Baru-baru ini artis terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa telah mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kebelakangan ini juga dilihat penyanyi rock no satu Negara amy search sering di lihat membuat persembahan di majlis2 anjuran PAS.
Sementara itu, vokalis kumpulan Arrow, Renggo atau Mohd Zain Ramli mengambil keputusan menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz,
kelmarin. Mengulas lanjut, Azman yang juga ketua pemuda Pas Terengganu mengakui bahawa personaliti dan pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz telah menarik ramai pihak untuk mengenali secara lebih dekat perjuangan yang dibawa oleh Pas.



No comments:
Post a Comment